Kalendar Aktiviti
Darul Falah



Klik Untuk Ke Kalendar



 


Berita dan Aktiviti Terkini di Darul Falah

PERMOHONAN KEMASUKAN 2008 - Nov 28

Permohonan untuk kemasukan ke asrama Darul Falah dibuka untuk tahun 2008. syarat minimum untuk memasuki asrama ini iaitu:-
  1. Kematian ayah atau kedua-duanya sekali.
  2. Golongan yang berpendapatan rendah / susah / miskin tetapi ingin meneruskan persekolahan
  3. Pengambilan bermula dari umur 10 tahun.

Borang permohonan boleh di muat turun dari laman web ini, borang fotostat juga diterima atau datang terus ke pejabat pentadbiran untuk berurusan.

Muat Turun Borang Permohonan: Borang.pdf Borang.doc



Kursus Motivasi Kecemerlangan Murid 2007 di Cherating, Pahang - Nov 28

Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Seramai 80 orang penghuni dari asrama ini terlibat dalam kursus tersebut. Semoga kursus tersebut dapat membantu penghuni disini meraih kejayaan di masa hadapat. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, Terima kasih.

Album Gambar: Kursus Motivasi Kecemerlangan Murid 2007


Pembinaan Surau Asrama Darul Falah - Nov 28

Alhamdulilah, pembinaan surau asrama Darul Falah telah hampir 70% siap, pihak kami masih lagi memerlukan sumbangan derma dalam bentuk kewangan atau bahan binaan. Semoga Allah memberi keberkatan dan rahmat kepada penderma yang telah memberi sumbangan untuk pembinaan surau ini.

Album Gambar: Gambar Terkini Pembinaan Masjid


Kalendar Aktiviti Darul Falah - Nov 28
Pihak Darul Falah memperkenalkan kalendar aktiviti Asrama Anak Anak Yatim Islam Darul Falah. Ianya bertujuan untuk memberi maklumat kepada pelawat laman web dan juga kepada pihak yang berminat untuk menaja aktiviti Asrama.

Link kalendar: Kalendar Darul Falah



Penghuni Asrama Darul Falah Tahun 2007
Jumlah penghuni yang ada di Asrama Darul Falah 2007 adalah seperti berikut :-

a) Penghuni Lelaki
-
97 Orang
b) Penghuni Perempuan
-
92 Orang
   
----------------
 
Jumlah
189 Orang
   
----------------


Minggu Suai Kenal Penghuni Baru
Pada tahun ini, minggu suai kenal dibuat bagi memupuk semangat bekerjasama dikalangan penghuni baru. Program ini dilaksanakan dan dipimpin oleh barisan majlis perwakilan pelajar asrama Darul Falah (MPP). Program-program yang dibuat seperti LDK. Sukaneka, pemantapan kendiri dan kem ibadat. Pihak pengurusan tertinggi juga mengadakan perjumpaan tahunan bersama pelajar baru dan lama. Ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim bersama penghuni-penghuni baru dan lama.

Album Gambar: Minggu Suai Kenal



Sambutan Hari Raya Korban
Pada tahun ini, sambutan hari raya korban dibuat secara meriah dan disambut oleh seluruh pelajar asrama Darul falah termasuk penghuni lama. Pada tahun ini 3 ekor lembu sumbangan penderma dikorbankan dan sebahagian diserahkan kepada pengurusan untuk mengakikah penghuni yang belum akikah. Jumlah daging korban yang diterima pada tahun ini hampir 250 kg. Pihak asrama Darul Falah mengucapkan ribuan terima kasih diatas keprihatinan penderma dalam membantu kami, menjaga, mendidik anak-anak yatim ini.

Album Gambar: Sambutan Raya Korban 2007



Azwan Ali (Azwan Ali Production)
Majlis sambutan hari anak-anak yatim Malaysia peringkat asrama Darul dalah bermula pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan program sambutan seperti membuat bubur asyura pada waktu pagi. Pada waktu malam pula majlis diteruskan dengan bacaan yasin, tahlil serta doa selamat untuk disedekahkan kepada ibu, bapa dan seterusnya kepada umat islam yang telah kembali ke rahmatullah, Azwan haji Ali Production beserta Krew Cit Cat Azwan mengambil inisiatif hadir untuk meraikan hari anak yatim dengan menyertai bacaan yasin, tahlil, sembahyang hajat dan paling mengembiran anak-anak disini azwan beserta krew membahagikan makanan untuk makan malam. Ini adalah pertama kali majlis sambutan hari anak-anak yatim diraikan oleh artis tanah air. Kami mewakili anak-anak yatim Darul Falah mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan serta bantuan yag dihulurkan oleh beliau. Semoga usaha dan bantuan beliau diredhai dan diberkati Allah jua.

Album Gambar: Azwan Ali & Krew



Gotong Royong Perdana Darul Falah 2007
Program gotong royong perdana peringkat Darul Falah diadakan bagi memupuk semangat bekerjasama serta bersatu padu dikalangan anak-anak dan kakitangan. Program ini adalah yang pertama bagi tahun ini, sebelum ini sudah ada gotong royong dilakukan tetapi tidak secara besar-besaran. Gotong royong ini disertai oleh semua anak-anak Darul falah seramai hampir 200 orang dan kakitangan seramai 15 orang. Program ini akan diteruskan dimasa akan datang bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara Darul falah dan orang kampong.

Album Gambar: Gotong Royong 2007



Aktiviti Kacau bubur Asyura
Aktiviti mengacau bubur asyura adalah pertama kali yang dilakukan diluar asrama. Aktiviti ini dapat memupuk hubungan silaturahim dikalangan penduduk kampun dengan anak-anak Darul falah. 20 orang penghuni menyertai aktiviti ini sehingga bubur asyura masuk dan anak-anak dijamu makan tengahari dengan lauk ikan sungai yang dibela oleh penduduk setempat.

Album Gambar: Bubur Asyura



Upacara Pecah Tanah Pembinaan Surau Asrama Darul Falah
Majlis Upacara Pecah Tanah Pembinaan Surau Asrama Anak-anak Yatim Darul Falah telah dilaksanakan 29 Januari 2007 bersamaan 10 Muharram 1428H. Peruntukan dijangka lebih kurang RM 450,000.00. kami memerlukan sokongan dan derma dari orang ramai dan dermawan untuk menjayakan pembinaan surau tersebut.

Album Gambar: Pecah Tanah Pembinaan Surau



 

 
Copyright© 2007 Darul Falah®. All Rights Reserved - darulfalah.com.my