Memandangkan Asrama Darul Falah sudah tidak mempunyai ruang untuk menempatkan lebih ramai penghuni yang memohon, ditambah pula dengan keadaan dua buah bangunan sedia ada sudah tidak selamat didiami terutamanya asrama perempuan, PERKASA telah memutuskan untuk mendirikan asrama baru yang lengkap iaitu Kompleks Asrama Darul Falah. Kompleks ini terdiri daripada:


Dua blok bangunan asrama tiga tingkat yang boleh menempatkan sehingga 220 orang pengguna
Sebuah dewan makan
Satu blok dewan serbaguna yang berkapasiti 400 orang, yang turut menempatkan ibu pejabat PERKASA yang lengkap dengan berbagai kemudahan
Sebuah surau
Satu blok rumah pekerja (12 unit)


Kompleks ini dibangunkan di atas tapak yang sedia ada dengan keluasan 3.5 ekar.

Projek pembinaan semula ini telah dimulakan pada tahun 2002, dan fasa pertamanya telah siap sepenuhnya pada tahun 2003. Fasa pertama terdiri daripada 2 blok bangunan asrama dan sebuah dewan makan.

Antara Infrastruktur yang telah disiapkan:

Asrama Puteri
Dataran Aktiviti
Asrama Putera
Dewan Makan
Asrama Putera
Dataran Aktiviti


Pada tahun ini (2007) pihak Darul Falah dalam proses untuk mendirikan sebuah surau untuk kegunaan anak anak di Darul Falah. Pihak Darul Falah memohon jasa baik pihak pihak individu mahupun korporat untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan atau bahan bahan binaan agar pihak Darul Falah dapat melaksanakan perancangan membina surau untuk kegunaan anak anak Darul Falah.

 

 
Copyright© 2007 Darul Falah®. All Rights Reserved - darulfalah.com.my