Projek Pembinaan Surau Baru Asrama Darul Falah




Pada tahun ini (2007) pihak Darul Falah dalam proses untuk mendirikan sebuah surau untuk kegunaan anak anak di Darul Falah. Pihak Darul Falah memohon jasa baik pihak pihak individu mahupun korporat untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan agar pihak Darul Falah dapat melaksanakan perancangan membina surau untuk kegunaan anak anak Darul Falah.

Surau lama telah dirobohkan dan pada waktu ini menumpang surau orang kampung di luar kawasan asrama. Surau lama terpaksa dirobohkan kerana tapak asal digunakan untuk mendirikan asrama dan dewan makan yang baru. Kami sedang berusaha mendirikan surau yang baru dan menelan perbelanjaan lebih kurang RM450,000.00 dengan kapasiti muatan 300 orang. Kami memohon kepada orang ramai dan dermawan agar dapat membantu kami mendirikan semula surau tersebut dengan menghulurkan bantuan yang ikhlas. Kami bersedia menerima derma/sumbangan dalam bentuk wang tunai dan bahan-bahan binaan yang sesuai dengan keperluan tersebut.


Pihak Darul Falah memohon sumbangan derma untuk menampung kos pembinaan surau yang diperlukan sebanyak RM 450,000.00

Klik Hubungi Kami untuk mengetahui cara untuk menghulurkan sumbangan anda.


JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU
Yang DiPertua Haji Yusof bin Musa
Timb Yg DiPertua / Pengurus Haji Awang bin Taha
Naib Yg DiPertua Y.Bhg Dato' Haji Alwi bin Mohamad
Setiausaha Haji Halim bin Mohamad
Pen . Setiausaha Haji Abd Rahman b. Dato' Haji Salleh
Bendahari Haji Mohd Nor bin Md. Zin
Pen. Bendahari Haji Embong bin Taib
Pen. Pengurus Pembinaan Che Mohd Zoidin Sidek
Arkitek / Panel En Jefri bin Sulong
Ahli Jawatankuasa Haji Abd Hamid bin Dato' Haji Salleh
  Haji Omar bin Sulong
  Haji Yusof bin Mahmud
  Haji Mohammad Omar bin Bujang
  Haji Abdullah bin Dato' Haji Salleh
  Haji Jumaat bin Awang
  Haji Abdul Latif bin Taha
  En Ibrahim bin Osman
  Puan Normawati bt Haji Mat Khalid
  Hjh Fatimah Zaharah bt Dato' Haji Salleh
  Haji Wan Roslan bin Wan Salleh


Segala sumbangan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah S.W.T memberkati sumbangan anda.




 
Copyright© 2007 Darul Falah®. All Rights Reserved - darulfalah.com.my